Tuesday, November 19, 2013

IBU

Ibu...besar peranan ibu dalam sesebuah keluarga. Ibu ibarat tiang rumah..menggalas segala peranan merawat, mendidik, membesarkan anak-anak. Segalanya kembali kepada ibu. Semasa bayi ibulah tempat kita bergantung...apabila mula dewasa, ibulah tempat berkongsi kisah suka dan duka. Dan apabila ibu tua dan uzur masihkah ibu berada di tempat yang sama?

Ada kisah ibu tua yang masih menjadi ibu kepada keluarga besarnya...menjadi tempat rujukan dan tempat berkumpul seluruh keluarga. Beruntunglah ibu tua ini, hari-hari tuanya dipenuhi senda gurau, tawa tangis anak cucu dan cicit juga. Ada juga kisah ibu tua menjadi pemecah-belah keluarga. Agak kasar dan aneh bunyinya...namun inilah yang akan berlaku apabila si ibu memilih-milih untuk mencurahkan kasih-sayangnya pada anak cucunya sendiri. Nauzubillah...cermin-cermin diri kita...suatu hari nanti kita akan memasuki fasa tua ini insyaAllah. Bahagia atau derita pilihan kita.